Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar dengan PENA..

Featured Posts

HaulidSi Penggali Kubur Mengisahkan seorang tua bernama Pak Rasul, seorang penggali kubur mistik. Kewujudannya menjadi misteri dalam penduduk Kg. Segantang. Hanya akan menggali liang lahad 24 jam sebelum kematian seseorang. Andai terlihat kelibat Pak Rasul menggali kubur,KEMATIAN bakal menjemput seseorang...

Jangan Klik

Cinta Munafik Tatkala cinta dihiasi dengan noda, hasilnya hanyalah sekadar dosa..

Jangan Klik

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if...

Readmore

Khamis, 19 November 2009

Cinta Munafik : Part 1


By:Meor Farid Asyradi Bin Meor Zahidi

tatkala cinta dihiasi dengan noda,
hasilnya hanyalah sekadar dosa.

piaapppppppp!!!!sepancar libasan rotan tepat mengenai permukaan tapak tangan mulus seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Idrisiah.Sahabat-sahabatnya memandang sayu dan kasihan mendengar suara kesakitannya,mereka sedia maklum sekiranya lewat masuk ke musolla walaupun hanya sesaat,habuannya adalah sebatang hanger akan hinggap di tangan.

"Semua beratur di dinding sekarang,ana nak dengar bunyi kipas je!!"laungan Tariq kepada adik-adik tingkatan dua memecah kesepian Musolla yang terletak di tingkat empat asrama lelaki.
Suasana menjadi kelam kabut lantaran semua pelajar bergerak pantas mendengar arahan.

"siapa yang masbuq tadi keluar ke tengah sekarang,cepat!!''.suara tegas Tariq yang merupakan pelajar tingkatan lima dan bertugas sebagai penjaga adik-adik tingkatan dua benar-benar membuatkan jiwa dan raga adik-adiknya gentar sehinggakan ada yang mula mengeluarkan air mata dek ketakutan.

Kelihatan beberapa orang pelajar mula bergerak ke tengah musolla mengaku kesalahan mereka,kesemuanya pelajar yang sering melakukan kesalahan,tiada muka baru kecuali seorang iaitu Zaki.Zaki merupakan seorang pelajar yang cerdik dan comel,tidak hairanlah ramai abang-abang yang mahu menjadikannya adik angkat,tambahan pula kakaknya menjadi kegilaan pelajar lelaki dan menjadi bahan pujian setiap hari.

"enta kenapa masbuq?"tanya Tariq kepada Akram."akhi,ana sakit perut tadi,buang air besar."jawab akram pantas.

"enta?"hanger di tangan Tariq ditujukan kepada Rahafiz.

"ana pergi bilik tadi,locker lupa nak kunci".jawab Rahafiz tertunduk kerana tidak berani bertentang mata dengan insan yang dibencinya.

"hmm,macam-macam alasannya,enta kenapa Din?"soalan beralih kepada Izzudin yang merupakan pelajar yang bermasalah,seringkali menjadi sasaran senior untuk dijadikan laukyang dihidang di dalam bilik mereka di kala malam.Tubuh Izzudin yang seperti pelajar tingkatan lima ini serik dihinggapi oleh tumbukan,sepakan dan jentikan insan yang tidak berpuas hati dengannya,ada disebabkan mimik mukanya yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan abang-abang,tidak memberi salam,terlanggar bahu,mengelak daripada mengambil air dan mengumpat senior.

"saya tercirit dan terkentut time solat tadi,pastu pergi tukar kain kat bilik,thats all my bro"jawab Izzudin tenang.Jawapannya membuat pelajar-pelajar lain ketawa girang.

"diam!!!siapa suruh antum ketawa,semua ketuk ketampi tiga puluh kali sekarang,sama-sama.kalau tak sama,ulang dari awal.Enta kira Din."nafsu amarah Muhammad Tariq membuak-buak,jawapan Izzudin sebentar tadi benar-benar menyemarakkan api kemarahannya seperti api yang disimbah petrol tetapi dikawal oleh perasaan sabar yang semakin menipis.

Setelah usai ketuk ketampi dilengkapkan,tiba giliran pertanyaan kepada pelajar yang dibenci sebahagian besar sahabat-sahabatnya disebabkan sikap pilih kasih yang diberikan kepadanya.Pernah suatu ketika,semua pelajar dikerah untuk jalan itik dari tingkat satu ke tingkat lima,tetapi dia diasingkan daripada melakukan kaedah denda tersebut dan digantikan dengan ketuk ketampi sepuluh kali,semuanya disebabkan alasan sakit kaki sedangkan ada pelajar lain yang lebih sakit daripadanya.Selain itu,sahabat-sahabatnya juga dengki dengan layanan yang diberikan oleh pelajar senior kepadanya seperti belanja makan,borak dalam bilik senior dan amaran kepada sesiapa sahaja yang menganggunya.

"enta kenapa Zaki?macammane boleh masbuq ni,enta tak pernah masbuq pun sebelum ni?"pertanyaan Tariq bermakna sekaligus membuatkan pelajar lain terasa dengan layanannya yang jauh berbeza.

"maafkan ana akhi,ana tak sengaja,ana pergi ambil dompet,tertinggal atas katil,risau hilang,,"jawab Zaki dengan nada sedih berbaur manja.Wajahnya saling tak tumpah dengan kakaknya.

Sebenarnya Tariq juga merupakan antara pelajar lelaki yang menyimpan perasaan terhadap gadis idaman ramai itu.Gadis itu juga merupakan pelajar seangkatan dengannya dalam organisasi Majlis Pelajar sekolah.Fikiran Tariq mengimbau sejenak saat pertama kali memandang raut wajah gadis yang bernama Dawwin Najah.wajahnya yang ayu dan perlakuannya yang sopan santun benar-benar membuat si jantan terpikat.Tambahan pula gadis ini diberi gelaran Najah Si gadisTawadhuk dan bakal Isteri Solehah,jalannya tunduk,tudungnya labuh dan tidak berbicara dengan pelajar lelaki jika tiada urusan penting,kadang-kala hanya berurusan melalui surat sahaja ,benar-benar terhasil didikan tarbiyah Sekolah Islam.

0-musolla=surau
1-hanger,locker=rujuk kamus(xkan semua tak tahu:p)
2-masbuq=tidak sempat bersama imam pada rakaat pertama
3-lauk=mangsa buli
4-antum=kalian,korang,kamu semua
5-jaln itik=jalan menenggong seakan-akan itik.(memang kompem sakit kaki pas watnya)
6-tawadhuk=merendah diri


banyak lagi nukilan-nukilan menarik penulis di laman rasmi belaiu ; how about my past, continuos and future

0 ulasan:

 

Antologi Pena Pemuda Copyright © 2009 FreshBrown is Designed by Simran | Featured Post By Free Blogger Template