Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar dengan PENA..

Featured Posts

HaulidSi Penggali Kubur Mengisahkan seorang tua bernama Pak Rasul, seorang penggali kubur mistik. Kewujudannya menjadi misteri dalam penduduk Kg. Segantang. Hanya akan menggali liang lahad 24 jam sebelum kematian seseorang. Andai terlihat kelibat Pak Rasul menggali kubur,KEMATIAN bakal menjemput seseorang...

Jangan Klik

Cinta Munafik Tatkala cinta dihiasi dengan noda, hasilnya hanyalah sekadar dosa..

Jangan Klik

Cash-Out Refinance For many, their homes are just not dwellings that protect them against rain, sun, and wind. But they are piggy banks, which can be used to raise some urgent money, even if...

Readmore

Khamis, 3 Disember 2009

Si Penggali Kubur - Part 2

Keadaan jalan agak sesak petang itu. Maklumlah, masing-masing sibuk pulang ke rumah setelah habis waktu bekerja. Masing-masing sudah tentu membayangkan urusan-urusan lain yang harus dilakukan setelah pulang ke rumah. Kehidupan yang makin kompleks memaksa mereka melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Sudah tidak mengenal erti penat dan lelah, yang penting kehidupan berjalan dengan teratur dan lancar.

Lampu merah menyala menjadi tatapan pemandu di jalan yang sesak itu. Syuhada mengeluh halus. Dia tidak sempat mengejar lampu hijau yang baru sahaja bertukar menjadi warna oren dan merah itu. Terpaksa menunggu lagi. Hatinya membentak-bentak kecil, namun kesabaran dan sikap rasional tetap di dahulukan dalam pemikirannya. Dia tidak sesekali mementingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Banyak sudah pengajaran yang diambil daripada kisah-kisah kemalangan yang telah dibaca dalam akhbar-akhbar harian. Keadaan kemalangan yang sangat ngeri mampu membuatkannya beringat sebelum kena.

Perjalanan dari tempat kerja ke rumah mengambil masa selama lebih kurang 15 minit. Sepanjang perjalanan, radio dibiarkan menghingari ruang dalam kereta untuk menghilangkan kesunyiannya. Perjalanan yang senyap boleh mengakibatkan mengantuk ketika pemanduan. Namun begitu, muzik yang kuat pula boleh mengganggu konsentrasi pemanduan pula. Seelok-eloknya memadai dengan kekuatan yang sederhana sahaja.

Sampai sudah. Rumahnya tidaklah besar mana. Sekadar rumah teres yang terletak di pinggir kota metropolitan itu. Sengaja dia menyewa rumah di kawasan yang agak terpencil dengan alasan ingin mencari ketenangan. Dia tidak suka berada dalam kesibukan kota yang menyesakkan itu. Biarlah siangnya sibuk di tempat kerja, namun malamnya dapat beristirehat dengan tenang di kawasan sunyi itu.

Dia tidak berseorangan di rumah itu. Rumah disewa bersama dengan tiga orang lagi sahabat. Dahulunya mereka belajar di kampus yang sama. Dan bagaikan telah ditakdir, masing-masing menetap di satu rumah yang sama juga setelah habis belajar.

Tombol dipulas. Pintu berkunci. Namun dia telah sedia maklum tempat persembunyian kunci tersebut. Setelah kunci dibuka, dia langsung masuk dan menghempaskan diri di atas sofa lembut yang terletak di ruangan tamu rumah itu. Kenikmatan terasa mengalir ke segenap tubuh. Keletihan yang membalut bagaikan terlerai. Selesa yang amat walaupun angin kipas tidak dihidupkan. Dalam beberapa detik yang singkat, matanya terkatup rapat. Terlelap.

“Kau ada beli telur, Syu?” Farhana tiba-tiba muncul. Dia tidak perasan sahabatnya itu sudah terlelap. Terenjut sikit bahu Syuhada saat itu.

“Eh, aku ingatkan takde orang. Senyap semacam je aku masuk tadi. Siap pintu berkunci lagi,” ujar Syuhada sambil mengangkat pandangan ke arah Farhana. Matanya sedikit merah kesan daripada tidur yang tidak sempat lena tadi. Soalan Farhana tidak dijawab.

“Aku kat bilik tadi. Lepas balik kerja terus tidur kejap. Then terjaga bila dengar kereta kau masuk,” ujar Farhana. Sedari jam 4 petang lagi dia telah berada di rumah. Manakala dua orang lagi sahabat mereka akan pulang lewat senja.

“Eik, pastu tadi ko balik dengan siapa? Teksi ke?” tanya Syuhada. Dia kehairanan kerana kebiasaannya sahabatnya itu akan pulang bersama dengan housematenya yang lagi satu, Salwa.

“Aku tadi habis kerja awal, malas nak tunggu dia,” jawab Farhana acuh tak acuh. “Kau ada beli telur tak ni? Lauk dah habis, apa yang nak dimasak malam ni?” dia mengulang kembali soalan tadi. Sebelum ini dia ada menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Syuhada, menyuruh dia membeli telur.

“Alamak aku tak beli la. Aku tak perasan mesej kau tadi, aku tengah memandu,” ujar Syuhada sambil membelek telefon bimbitnya. Ada satu mesej yang tidak dibuka.

“Hmmph.. makan bilis jela malam ni jawabnya,” kata Farhana. Syuhada tersenyum kecil. Rasa serba salah kerana tidak perasan mesej sahabatnya tadi.

“Takpe la, kita kirim kat Salwa atau Abby je lah. Diorang pun masih kat luar lagi tu,” Syuhada memberi buah fikiran. Farhana mengangguk kecil. Keadaan sunyi buat seketika.

Syuhada melilaukan pandangan. Rumah itu sedikit tidak terurus. Mungkin mereka tidak berkesempatan mengemas dengan sepenuhnya kerana sibuk dengan kerja. Kebiasaannya pada awal pagi lagi Syuhada, Farhana dan Salwa akan bertolak ke tempat kerja masing-masing. Manakala Abby bertolak agak lewat daripada mereka bertiga. Abby tidak boleh diharapkan sangat. Dia jarang-jarang mengemas rumah. Ketika Syuhada, Farhana dan Salwa bertolak ke tempat kerja, Abby masih tidur. Dan apabila bangun, dia akan dijemput oleh teman lelakinya untuk ke tempat kerja. Pulangnya seringkali lewat malam. Kemudian tidur semata-mata dan bangun lewat pula pada keesokan harinya. Begitulah kitaran hidupnya sehari-harian. Kalaupun yang mengemas rumah hanyalah Syuhada, Farhana dan Salwa bertiga sahaja. Itupun setelah pulang dari kerja pada lewat senja. Terkadang meluat juga dengan sikap housemate mereka yang seorang itu. Tapi apakan daya, sudah ditegur pun masih bersikap sebegitu juga. Mereka tidak mampu menghalang perlakuan sahabatnya itu. Sekadar keluhan dari lubuk hati yang mampu dilepaskan.

Sedang galak melilau, tiba-tiba matanya menangkap sepucuk sampul surat berwarna hijau di atas meja televisyen. Tertompok-tompok dengan helaian kertas dan majalah. Kelihatan masih baru kerana seingatnya pada pagi tadi surat itu masih tiada.

“Eh, surat apa tu?” tanya Syuhada. Jarinya menunjuk ke arah tompokan buku bersebelahan dengan rak televisyen itu. Farhana memaling sama ke arah itu.

“Owh, surat tu tadi aku ambik kat peti surat depan. Kau punya, sori tak ingat nak bagitahu kau tadi,” ujar Farhana. Dia hampir-hampir terlupa akan surat itu. Mungkin otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik kesan daripada tidur petang.

Syuhada mengangkat punggungnya. Langkah diatur menuju ke arah rak tersebut. Tangannya mencapai surat itu. Kerutan di dahi tiba-tiba menghiasi riak wajahnya.

“Surat dari siapa ni,” hatinya berbisik halus. Dibelek-belek depan dan belakang sampul surat tersebut. Hanya nama dan alamat rumahnya yang tertulis di atas sampul tersebut. Hatinya berteka-teki. Tertanya-tanya siapa pengirim surat tersebut.

Perlahan-lahan dia menuju ke bilik sambil menjinjing beg pejabatnya.

******

Hujan yang lebat belum menunjukkan tanda ingin berhenti. Kesejukan pula mula menjalar ke setiap penjuru alam. Hasan, Samad dan Borhan sekarang berada di atas pondok Pak Rasul. Mereka mengambil keputusan untuk menunggu hujan reda, kemudian baru menyambung perjalanan mereka pulang. Tidak berani rasanya mereka berlama-lamaan di rumah usang tersebut. Meremangkan bulu roma sahaja. Tapi apakan daya, hujan di luar lebih dikhuatirkan. Kalau mereka meredah hutan dalam keadaan hujan yang lebat sebegini, kemungkinan perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Tambah-tambah dalam keadaan malam yang gelap itu. Hitam yang menyeramkan.

Keadaan dalam pondok itu agak berhabuk. Sesekali hidung Hasan terasa gatal. Semacam hendak bersin tapi sengaja ditahan. Terbit pemikiran dalam benak, ‘pondok ni berpenghuni atau tidak?’ hatinya mulai galau. ‘Kalau benar-benar berpenghuni, mengapa habuk begitu banyak dalam pondok ni? Pak Rasul tak jaga ke?’ Soalan demi soalan bertalu-talu menujah empunya diri. Namun kegalauan itu sengaja disembunyikan daripada pengetahuan Samad dan Borhan. Dia tidak mahu diperlekeh di hadapan dua orang pengikutnya itu. Biarlah di luar dia tampak berani walaupun sebenarnya kegusaran berlegar di dalam hati.

Hasan memandang ke segenap penjuru pondok. Dia perasan kelibat sesuatu yang terletak di penjuru hujung pondok tersebut. Namun keadaan yang gelap tidak mengizinkannya untuk benar-benar mengesan bentuk objek tersebut. Terbit keinginan untuk menjenguk. Manalah tahu dapat sedikit petunjuk tentang misteri Pak Rasul. Sesuai dengan matlamat awalnya ke pondok tersebut untuk membongkar rahsia sebenar penggali kubur tua itu.

Dia berdiri. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke penjuru pondok. Lantai yang agak usang itu bagaikan menjerit kesakitan saat kakinya memijak kepingan-kepingan reput itu. Mungkin ianya telah dimakan anai-anai menyebabkan lapisan dalam papan lantai itu mempunyai ruang kosong yang boleh reput pada bila-bila masa sahaja. Nasibnya baik kerana dia berjaya sampai ke penjuru pondok itu dengan selamat.

Sebuah cangkul tersergam menegak di situ. Tangannya cuba menyentuh. Agak basah pada batang kayu bahagian atas. Dicuba meraba bahagian bawah pula. Sejuk. Lumpur tanah membaluti bahagian bawah cangkul tersebut. Dia mulai hairan. Seakan ianya baru sahaja digunakan untuk menggali tanah. Masih basah dan berlumpur. Padahal keadaan rumah yang berhabuk itu memberikan tanggapan awal padanya bahawa pondok itu sudah tidak dihuni. Masakan tiba-tiba ada sebuah cangkul yang masih baru digunakan diletakkan di pondok tersebut. Dua pertembungan yang agak meragukan.

Pandangannya mula menangkap satu lagi objek yang berada di situ. Seakan-akan perca kain kecil. Ianya diselit di balik celahan dinding pondok tersebut. Tangannya cuba mencapai kain tersebut. Ditarik keluar dari celahan dinding tersebut perlahan-lahan. Ternyata ianya basah juga. Perca kain pelikat itu rabak. Berbau agak hanyir.

Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu bermain di kakinya. Berpusing-pusing sambil mengigit-gigit betisnya. Diamatinya betul-betul, persis tikus mondok. Bukannya satu atau dua, tapi berkumpulan. Begitu galak menggigit betisnya. Dia terpinga. Dari mana datangnya binatang itu tidak diketahui. Malah begitu banyak sekali menyerangnya dalam keadaan serentak. Dia mulai cemas. Kepedihan menjalar hingga ke tubuh. Terlompat-lompat dia mengelak dari gigitan tersebut. Berusaha untuk melepaskan diri. Luka-luka kecil sudah terbentuk di atas betisnya. Pedihnya usah dikatakan. Gerombolan binatang itu bagai meraikan lauk mereka malam itu. Terlalu sedap. Umpama mengadap ayam golek panggang berlada hitam. Amat sayang ditinggalkan bersisa.

Hasan menjerit. Meluahkan garau suaranya dengan keras. Meronta-ronta meminta pertolongan dari Samad dan Borhan. Kesakitan semakin menjalar dan memedihkan segenap isi daging. Cemas yang teramat. Bayangan kematian sudah berlegar-legar di pemikirannya. Namun dia langsung tidak mendengar suara Samad dan Borhan menyahut panggilannya itu. Seakan-akan dia berteriak seorang diri. Tiada seorang pun yang berada di atas pondok tersebut. Pandangan matanya tidak dapat mengesan kelibat dua orang temannya itu.

“Samad, Borhan..mana kau..tolong aku!” teriak Hasan. Mengharapkan pertolongan daripada sahabatnya itu. Dia benar-benar ketakutan sekarang. Binatang-binatang itu mula memanjat tubuhnya sekarang. Geli gelaman saat cengkaman kuku binatang-binatang tersebut mencengkam kulit tubuhnya. Ada yang menyusup masuk ke dalam pakaian juga. Cicipan makin berdesing di cuping telinga.

“Tolong..tolong!” dia berteriak lagi. Tangannya berusaha menepis binatang itu daripada terus menerus memanjat tubuhnya. Dia terasa usahanya sia-sia. Makin ditepis makin banyak yang memanjat. Malah ada yang sudah mencapai tengkuknya sekarang. Menggigit-gigit helaian rambut di belakang tengkuknya itu. Cengkaman terasa semakin kuat. Dirinya seakan lemah. Tidak berdaya menahan arus mereka yang teramat deras. Kelincahan tikus-tikus tersebut seakan diperakui. Dia hampir kalah. Dalam beberapa detik yang singkat, tikus-tikus itu kelihatan menuju ke arah mulut Hasan. Mereka berebut-rebut ingin memasuki lubang itu. Hasan sudah hilang kudrat. Tikus-tikus itu dibiarkan sahaja memasuki rongga mulutnya itu. Bibirnya dipatuk-patuk. Merah berdarah. Lantas dihirup oleh binatang-binatang itu bagai minuman jus. Habis hancur mulutnya. Terlopong menampakkan barisan gigi dan gusi yang merah. Rompong.

Lemah sekujur tubuh sasa itu. Langsung melutut dia lantas terbaring lesu. Nyawa bagai berolok, seakan mahu bermain dengan jasad. Sebentar keluar namun datang kembali. Serasa keazaban yang sangat pedih. Bayangkanlah andai jasad sudah separuh hancur namun nyawa masih belum mahu meninggalkan tubuh. Perihal yang sama seperti neraka. Tidak sekali-kali mudah melepaskan mereka yang berdosa. Setiap amalan yang dilakukan pasti dibalas dengan kadarnya yang telah termaktub.

Dalam masa beberapa minit, tubuh itu telah hilang rupa. Belulang putih pun sudah kelihatan. Sangat ngeri perihalnya. Sampaikan mata pun dimakan oleh binatang-binatang tersebut. Tikus-tikus itu beransur pergi. Makin berkurang dan berkurang. Kilat masih sabung menyabung di luar sana. Disulam curahan hujan yang teramat lebat. Digetarkan dengan dentuman guruh yang menyeramkan. Bagai suasana perang yang tidak sepi dari hujanan bom. Masing-masing menunjukkan kehebatan...

*****

Samad dan Borhan menggigil kesejukan. Rintik hujan langsung tidak berkurang. Hembusan angin bertambah deras. Kepulan awan makin menebal di langit yang kelam. Kesuram-suraman. Kelibat burung hutan bercicipan, berinteraksi antara satu sama lain. Kemudian terbang bersama gerombolan sahabatnya yang lain. Mereka bagaikan dapat membaca perihal buruk yang akan terjadi. Deria mereka tidak sama seperti manusia. Anugerah tuhan yang sangat tidak ternilai. Malah dengan kecanggihan teknologi ciptaan manusia sendiri pun tidak akan mampu menyainginya. Kalau pun dapat meramal, ianya tidak setepat dan setajam naluri seekor haiwan.

“Hasan, macam mana ni, hujan makin deras. Macam kena bermalam kat sini je,” ujar Borhan. Tangannya memeluk lutut. Dia memerlukan sedikit haba untuk memanaskan badannya. Andai terus kesejukan, dia akan dijangkiti selsema.

Hasan diam. Langsung tidak berpaling ke arah Borhan.

“Amboi, berfikir panjang kau ye,” tambah Borhan. Dia tidak puas hati kerana pertanyaannya tidak dihiraukan Hasan.

“Aku rasa dia dah tertidur la tu,” Samad menyampuk. Tangannya sesekali menampar lengan dan betis. Nyamuk sudah memunculkan diri. Gigitan nyamuk hutan ternyata lebih pedih berbanding nyamuk biasa. Tergaru-garu Samad dengan gigitan nyamuk itu.

“Amboi, boleh pulak dia terlena. Aku tengah risau ni, dia senang-senang je nak tidur. Hampeh punya ketua,” leter Borhan. Dia benar-benar naik angin dengan kelakuan Hasan.

“Hmm..aku pun macam dah rasa mengantuk la Borhan,” ujar Samad. Tangannya menutup mulut yang ternganga. Menguap.

“Ceh, sama je kau dengan dia ni. Cubala fikir jalan penyelesaian macamana kita nak keluar dari hutan ni. Aku dah rasa lain macam je kat sini tau, naik meremang bulu tengkuk aku. Dahnya sejuk ni,” Borhan sedikit menengking. Namun Samad kelihatan bersahaja. Borhan mendengus halus. Ada sedikit amarah dalam hatinya.

Kakinya terasa gatal. Nyamuk menggigit lagi. Namun entah mengapa kali ini gigitannya bagai sedikit pedih berbanding sebelumnya. Tangannya pantas menepis, cuba menghalang nyamuk-nyamuk itu dari terus mencucuk kulitnya. Dia menampar-nampar betisnya dengan tujuan ingin membunuh nyamuk-nyamuk tersebut. Perasaan marah makin membakar nafsu. Bengang. Sudahlah terperangkap dalam pondok misteri Pak Rasul, nyamuk pula seakan mempermainkan mereka. Meruap satu badan mengenangkan nasib malangnya itu.

“Argh..celaka punya nyamuk. Takde benda lain ke kau nak gigit!” Borhan melampiaskan amarahnya. Dia betul-betul tidak tertahan dengan seksaan itu. Serasa azab yang amat sangat. Kegatalan menjalar ke segenap anggota. Digaru-garunya namun makin banyak nyamuk yang menerpa. Mereka bagai tidak mahu berhenti menggigit sekalipun sudah ditampar berkali-kali oleh Borhan. Terlalu degil perilaku mereka.

Borhan menggaru lagi. Kukunya yang sedikit panjang membantu mengurangkan rasa gatal yang menjalar itu. Sedikit nikmat terasa. Namun ianya tidak berpanjangan kerana nyamuk-nyamuk itu terlampau banyak menghinggapi kulit tubuhnya. Tangan kanannya menepis dan menampar kumpulan nyamuk-nyamuk itu manakala tangan kirinya menggaru-garu bahagian tubuh yang gatal. Sesekali tangannya itu singgah ke wajah. Dia sudah tidak hirau menampar wajahnya sendiri. Kepedihan gigitan itu lebih menyeksakan.

Tangannya galak menggaru. Hatinya menggerutu. Geram campur marah. Pelbagai perasaan bersatu dalam hatinya kala ini. Dia tidak sedar kulitnya telah bercalar lantaran terlalu kuat menggaru. Luka-luka kecil telah kelihatan atas permukaan kulitnya. Dia tidak sedar semua itu. Pemikiran hanya tertumpu pada gigitan nyamuk dan kegatalan yang membaluti tubuhnya sahaja. Mungkin kegelapan malam tidak menyedarkannya perihal sebenar yang sedang berlaku.

Dia masih tidak sedar saat darah mulai mengalir keluar daripada lukanya itu. Daging rabak sedikit demi sedikit. Nyamuk-nyamuk pula makin gembira kerana makanan mereka malam itu sudah tersedia di hadapan mata. Apalagi makin ramai yang menyerbu ke arah luka berdarah tersebut. Peluang yang terpampang usah diabaikan begitu saja. Bertambah gatallah Borhan apabila nyamuk-nyamuk itu menyerang lagi. Digaru-garunya lagi bahagian yang sudah luka itu. Darah makin membuak. Pancutan-pancutan kecil sudah kelihatan, namun Borhan masih tidak sedar. Dan dia terus menerus menggaru…dan menggaru lagi…dan lagi…

bersambung...
Read rest of entry

Rabu, 2 Disember 2009

Cinta Munafik pary 3/4

Kelas lima Ibnu Sina dihingari dengan suara para pelajar.Masing-masing sibuk dengan cerita sendiri.Ada yang sempat melelapkan mata untuk menggantikan tidur yang tidak mencukupi.Itulah rutin kebiasaan pelajar asrama.Lelaki terutamanya,pantang ada masa kosong,pasti diisikan dengan slot merehatkan mata.

Kelibat Dawwin Najah muncul bersama sahabat karibnya Kinanah.Kedatangan mereka bagaikan dinanti-nantikan oleh pelajar lelaki.Najah dan kinanah melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di barisan paling hadapan.Mata Najah tertumpu pada beberapa keping surat yang terselit di bawah mejanya.Sudah biasa dengan situasi ini.Kesemua yang tertulis pada helaian kertas tersebut adalah berkaitan perihal mahu berkenalan.

”kenapa mereka ni masih tidak faham tujuan datang ke sini”hati Najah membentak.Kurang senang dengan sikap pelajar yang tidak faham dengan objektif dan misi hadir di tapak perjuangan pena ini.Mereka lebih suka membazir waktu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

“dapat surat layang lagi ke Najah.”kinanah menyedari perubahan riak wajah sahabatnya.Dia juga sedia maklum betapa ramai pelajar lelaki yang tertarik dengan peribadi sahabatnya.Ada yang meminta padanya untuk menjadi orang tengah.

“hmm..bilalah mereka ni nak sedar?

“sabar ye Najah.nanti lama-lama mereka bosanla tu.”

“harap-harap begitulah”.

Dari jauh Saiful Muslim memerhatikan Dawwin Najah.Mengharap nota kecilnya dibalas.Dia merupakan pelajar yang pendiam.Tidak mudah bergaul dengan orang.Namun hati kecilnya tetap mahu mengenali lebih mendalam perihal gadis yang telah mencuri hatinya.Dia juga mahu menjadi salah seorang pelajar lelaki yang menaruh harapan pada si dia.

Derapan kasut guru matematik yang dikenali dengan kegarangannya memasuki kelas.Kelas yang tadi bagaikan pasar sudah menjadi seakan-akan kawasan perkuburan.Senyap.Cikgu Sulaiman memulakan pengajarannya.Dia sebenarnya mahu para pelajar serius dalam menuntut ilmu.Bukan sekadar belajar untuk peperiksaan dan menganggap ilmu matematik tidak berguna dalam kehidupan.

“Assalamualaikum Najah.”.Suhaila menghampiri Najah yang sedang berehat di pondok berhampiran Kelas.

“Waalaikumussalam.O..Suhaila.marilah duduk sini’’.Najah mesra menjawab salam Suhaila.Suhaila merupakan timbalan Majlis Perwakilan Pelajar sekolah.Sangat petah berkata-kata.Buku teks sejarah di tangan Najah ditutup

‘’ana menganggu Najah ke ni?”

“eh tak la.Suhaila tak menganggu ana sikit pun,ada info terkini ke”

‘’eh.macam tahu-tahu je ana ada info terkini’’

“mestilah.Ana kan dah lama kenal Su.Dah boleh agak dari riak wajah Su je”

“amboi.Ada ilmu menilik orang Najah ni.Petang ni ada perjumpaan”

“perjumpaan apa?”

“perjumpaan dengan pihak pentadbiran jam 3.Tadi Tariq bagitahu.”

“o..InsYaAllah.di tempat biasa kan?’’

“naam.Dekat bilik gerakan Jamaatur Ruasa’.Tolong beritahu sahabat-sahabat lain tau.”

“InsYaAllah Suhaila.Jangan risau,ana pasti jalankan tugas sebagai setiausaha bos”

“ada-ada je Najah ni.Pandai ambil hati ana ye.Syukran”

“he..he..Afwan”

Loceng tamat waktu berehat berdering.Nyaring.Najah dan Suhaila memasuki kelas masing-masing setelah bersalaman dan berpakat mahu berbuka Puasa sunat bersama-sama di dewan makan.Berita mengenai perjumpaan pada petang ini meniti pengetahuan setiap kepimpinan pelajar.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Bilik perjumpaan berhawa dingin itu dipenuhi dengan wajah-wajah pimpinan pelajar yang bertanggungjawab dalam membantu pihak pentadbiran.Mudir sekolah masih belum tiba.Jarum jam hampir menjunam ke angka tiga.Berbaki tiga minit.hati Tariq berdegup kencang tatkala terpandah wajah Dawwin Najah. Dawwin Najah masih tertunduk menjaga pandangan.Indah.

“Astaghfirullah,kenapa wajahnya menganggu perasaanku’”hati kecil Tariq cuba menahan nafsunya yang merayu mencuri pandang wajah gadis kesukaannya.Sukar dileraikan balutan cinta yang membaluti perasaannya.” takkan begitu mudah aku jatuh cinta.oh tidak!!” Pintu bilik dikuak.Tariq terkesima lantas berdiri menghormati pihak atasan.Semua kepimpinan turut berdiri.Barisan pentadbiran sekolah memasuki bilik gerakan.Mudir madrasah,Ustaz kamaruddin memulakan perbincangan berkisar mengenai permasalahan pelajar dan cara-cara mengatasinya.Perbincangan hampir dua jam itu benar-benar membuat hati Tariq terseksa dalam bahagia.Teseksa dek tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya sewaktu perbincangan.Bahagia kerana melayani nafsunya.

”lemahnya imanku”dengus hati kecilnya.

“Tariq,kenapa enta tak banyak cakap time perbincangan tadi”Quwais memulakan perbualan sambil kaki melangkah ke padang bola yang terletak tiga kilometer jauhnya daripada sekolah.Setiap petang mereka berdua pasti beriadhah mengeluarkan peluh.Akal yang kuat berasal dari badan yang sihat.Tariq mula berkongsi rahsia bersama sahabat karibnya.

“entahla Quwais.Ana tak dapat tumpu perhatianla”

“la,kenapa pula.Apa yang dok bermain kat fikiran enta ni?”

“hmm.cuba kalau orang yang enta minat ada depat mata.Apa enta boleh tenang?”

“ni mesti kes cinta ni kan?’’

“hmm..lebih kurang begitula”

“Tariq,enta kan tahu yang cinta ni sangat bahaya.Kita masih belajar Tariq.Muda lagi.”

‘ana tak tahula kenapa.Ana dah cuba halang.Tapi makin halang makin datang”

“sejauh mana seriusnya enta halang nafsu tu,kalau setakat menghalang dengan hati mudah sahaja dipatahkan dengan nafsu.Tariq,cuba enta fikir dengan akal fikiran yang sihat.Ingat balik tujuan kita datang ke sini”

“ana sedar ana silap Quwais.Tapi tak tahula kenapa..”

“itu bukan persoalan sukar Tariq.Jawapannya enta biarkan nafsu enta menjajah fikiran.Memang betul setiap lelaki ada kemahuan pada perempuan.Normalla kalau macamtu.Tapi kita kena pandai mengawalnya.Jangan biar ia lalaikan kita.Enta pemimpin Tariq.Kita mahu mentarbiyah adik-adik.Tapi kita sendiri bermasalah.”

“Ya Allah.Dugaan apa ini.Berdosanya aku.Syukran Quwais atas nasihatnya.ana akan cuba buang perasaan ini.”

“Afwan Tariq.Ana yakin enta boleh.Ingat balik baiah kita.Hidup dalam tarbiyah islamiyah.Siapa perempuan yang enta minat tu?”

“Dawwin Najah”

Kehidupan di Madrasah Idrisiah berjalan seperti biasa.Tariq dan kepimpinan yang lain sibuk menjalankan program berunsur tarbiyah.Badan penggerak Musolla(BPM) banyak membantu bagi melestrasikan matlamat pihak kepimpinan bagi mewujudkan suasana biah solehah di bumi khazanah ilmu ini.Seperti biasa.,dalam setiap gerak kerja dakwah pasti ada halangan.Seperti penentangan daripada para pelajar.Begitulah sunnah dalam dunia dakwah.Sekiranya tiada mehnah dan tribulasi,pasti ada cacat cela dalam dakwah yang dilakukan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merangkak tiba.Kesemua pelajar tingkatan lima sibuk mengulangkaji pelajaran.Mengadakan kelas tambahan bersama guru mereka.Tidak kurang juga pelajar yang bersengkang mata sehingga jam empat pagi bagi memastikan setiap tajuk yang dipelajari disentuh.Inilah Dunia peperiksaan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Najah kelihatan memikirkan sesuatu.Nota kecil yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkan dirinya.kenapa sampai begini jadinya.Nota kecil itu ditatap semula.Siapa sebenarnya dia.

Salam,Dawwin Najah.Ana benar-benar mahu mengenali enti.Ana tak dapat menahan kehendak ana.Ana tahu ana pelajar biasa.Tiada rupa.Tiada harta.kenapa enti tak pernah balas surat yang ana bagi.Ana Cuma mahu berkenalan.ye.ana sudah jatuh cinta.Cinta yang benar-benar buat ana gila.Ana tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran.Mungkin enti tak kenal ana sebab enti tak pernah mahu mengenali ana.Esok enti akan kenal siapa ana.Sekiranya tengahari ni,enti x balas surat ana di celah almari belakang kelas.Berita mengenai ana akan jadi bahan yang mengejutkan semua pihak.

Daripada:

Bakal Arwah sekelasmu.

“Apa semua ni???”hati Dawwin Najah seakan menjerit sakit.

Kesemua nama dan perwatakan pelajar lelaki kelasnya bertandang di fikiran.Sebelas orang kesemuanya.Ahmad dikenali sebagai seorang yang tegas.Setia berkhidmat sebagai ketua kelas Lima Ibnu Sina.Sangat bertanggungjawab.Sahabat rapatnya,Mujahid Bin Nazri,Seorang pelajar yang sangat peramah dan pemurah.Anak kepada Dato’ Nazli,Wakil parlimen Padang Rengas.Nasir yang berwajah Pan Asia pula seorang yang dikenali sebagai kaki perempuan.Kisah Nasir yang lebih dikenali sebagai playboy Muslim Terhangat ini sudah bertebaran di setiap sudut asrama perempuan.Pantang pulang ke rumah.Pasti keluar berdua-duaan dengan gadis yang dikenalinya.,Sukar dinasihatkan.Berlainan pula sikapnya dengan Muhammad yang dikenali sebagai Imam besar di sekolah.Perwatakannya yang seperti ustaz,membuatkannya disegani oleh pelajar lain.Fadullah pula adalah anak kepada seorang penjual nasi lemak.Berkat ketabahan ibubapanya membesarkan lapan orang anak membuatkan dia menjadi pelajar yang sangat bijak.Seringkali mendapat tempat pertama acap kali peperiksaan.Antara pelajar cemerlang harapan sekolah.Saiful pula kelihatan seperti seorang lelaki yang anti perempuan.Ini semua gara-gara sikap ibunya yang menuntut cerai pada ayah kerana mahu berkahwin dengan kekasih lamanya.Kisah drama sebenar kehidupannya ini sudah tidak asing lagi.Terutamanya dikalangan pelajar tingkatan lima.Ini membuatkan dia lebih suka bersendiri.Asyraf pula seorang yang sangat pendiam.Sama seperti Saiful.Sukar diajak berbicara.Anak kepada seorang penoreh getah dan baru sahaja kematian Ibu.Radzi dikenali sebagai seorang yang panas baran.Pernah satu ketika .Dia menumbuk seorang pelajar tingkatan tiga gara-gara mee kari pelajar itu tertumpah pada bajunya.Pihak sekolah mengenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu dan dua kali sebatan rotan.Farhan,Akram dan Naim pula dikenali sebagai tiga serangkai.ke mana sahaja mereka pergi pasti bergerak bertiga umpama berita radio bergerak.Ada sahaja maklumat yang dibawa.Mereka juga peramah,dan rajin mengulangkaji pelajaran bersama.Tidak hairanlah mereka digelar Pasangan sehati Sejiwa.Perwatakan sama sahaja.Agak keperempuanan.

Fikiran Dawwin Najah makin kusut.Dia cuba mengagak namun tiada seorang pun di antara pelajar lelaki kelasnya yang dirasakan sebagai pengirim surat itu.Hatinya mula berbelah bahagi.

“haruskan aku membalas suratnya?”.Hati dan fikirannya mula berinteraksi.Persoalan yang amat sukar direalitikan.

Bunyi yang terhasil daripada putaran kipas bilik yang sepi itu bagai membelit fikirannya.Dia keseorangan.Nur Kinanah keluar bermain badminton bersama sahabat yang lain.Najah mula berdoa pada yang maha esa untuk membantunya keluar dari permasalahan ini.Matanya melirik ke arah meja belajar yang terletak di sebelah katil.Di situlah tempatnya menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

………………………………….

Malam Sabtu.Malam yang sangat bebas bagi para pelajar.Tiada sebarang kelas persediaan.Kebiasaannya pihak kepimpinan akan mengadakan program seperti tayangan perdana di dewan.Selain itu,para pelajar akan berkunjung dari bilik ke bilik membuka ruang perkongsian kisah suka dan duka.Penjual-penjual makanan dari kalangan pelajar juga sibuk menjalankan perniagaan mereka.Lumayan.Sesetengah warden asrama persis memberi kebebasan kepada pelajar saat ini.

Menariknya malam itu.Banggunan asrama hanya didiami oleh pelajar tingkatan lima sahaja. Bebas namun terikat oleh peperiksaan yang sedang merangkak membuka tirai Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Pelajar-pelajar lain sudah pulang ke rumah setelah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun atau lebih dikenali di sini sebagai Marhalah Robiah.

“Zaki,nanti balik rumah jaga diri ok.Doakan ana berjaya dalam SPM.Kirim salam pada mak ayah.”.Sempat Nasir mengungkapkan kata-kata penuh makna kepada Zaki yang sedang menjinjing beg.Sarat berisi barang.

“InSyAAllah akhi.Buat yang terbaik.”.Balas Zaki pendek.Akhi Nasir bukan orang pertama yang menasihatinya atau lebih tepat mengambil berat padaya.Sebentar tadi akhi Salleh,Akhi Fakhrul dan Akhi Nasrul turul mengungkapkan kata-kata yang hampir serupa.

“Zaki,biar abang bawa beg berat ini.Zaki bawa beg yang satu lagi tu.”.Quwais muncul dari belakang Nasir secara tiba-tiba.Beg besar di tangan Zaki diambil.Zaki tergamam memandang wajah pelajar yang disenangi oleh para pelajar lain.Merupakan antara senior yang sangat baik dan peramah.Bertugas sebagai Ketua Umum sekolah.Nasir geram.

“Akhi,tak pe,biar ana yang bawa”

“eh tak pe,biar ana je yang bawa.Kan banyak barang tu.Kereta dekat mana?”

“syukran akhi.Kereta dekat rumah bulat”

“ok Jom.”

Quwais dan Zaki menuruni susunan anak tangga.Empat tingkat kesemuanya.Menuju ke rumah bulat yang terletak di kawasan pintu masuk sekolah.Rumah bulat merupakan tempat para pelajar membayar yuran dan sebagai tempat membuat pengumuman bagi pelawat yang mahu bertemu dengan pelajar.Quwais sempat menjeling ke arah Nasir sambil tersenyum.Dia sengaja berbuat demikian.Sudah masak dengan perangai Nasir.Namun jauh disudut hatinya Cuma mahu bergurau dengan sahabatnya itu.Bukan mahu menimbulkan persengketaan.Nasir bersabar.Dendam.

‘’siap kau Quwais.Berani gagalkan rancangan aku ye”.hatinya mula berbisik.Mendapat bisikan dari alam ghaib.

….

Saiful memandang jauh ke langit.Indah dengan bintang-bintang yang bertebaran membentuk sesuatu simbol buat manusia.Saiful lebih senang berseorangan.Melayan fikirannya yang semakin kusut.Memikirkan perihal nasib dirinya.Sebentar tadi dia menelefon ayahnya menanyakan perihal ibu.Ternyata ibunya sudah berkahwin dengan pak cik Rahmat.Hatinya remuk.Tidak sanggup berhadapan dengan kenyataan Ibunya tegar meninggalkan ayah kerena tidak sanggup hidup susah bersama seorang penoreh getah.Benar.Sejak dua bulan yang lalu kehidupan keluarganya porak peranda.Umpama kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Hasil pendapatan sebagai penoreh getah tidak mencukupi buat keluarga.Tambahan pula ibunya sering meminta sesuatu di luar kemampuan ayah.

“abang kalau tak nak Kiah balik ke kekasih lama,belikan kiah rumah baru.Kiah dah tak sanggup tinggal di sini”Puan Rokiah mengugut suaminya.Dia sudah tidak sanggup tinggal di rumah usang itu.Papan rumah itu sudah mula dimamah anai-anai.Menunggu masa rebah ke bumi.

“Kiah.Abang tengah kumpul duit ni.kenapa Kiah tak sanggup hadapi ujian tuhan ni”

“sampai bila bang?dari dulu lagi abang kumpul duit.Tak kan tak cukup-cukup lagi”

“kiah boleh bersabar tak.Abang penat bekerja.Kiah Cuma tinggal di rumah.Abang tak pernah minta kiah kerja.Abang lebih sanggup tidak makan daripada melihat isteri yang abang sayang bekerja”

“sayang?..Apa maknanya sayang kalau hidup kita macam ni.Orang lain hidup senang lenang.Kita bagaikan pelarian tak cukup makan.Rahmat dah janji nak kahwin dengan Kiah selepas abang ceraikan kiah.Kiah dah tak sanggup bang.”

“astaghfirullah Kiah.Mengucap.Apa yang Kiah cakapkan ni”

“Ceraikan Kiah!!!”

Pertengkaran di antara ibu dah ayah saiful tergiang-ngiang di telinganya.Sanggup si isteri menggegarkan Arash Allah dengan meminta si suami menceraikannya.Sejak dari kejadian itu, Saiful lebih suka menyepi.Pernah suatu ketika dia meminta pada ayahnya untuk dia berhentiSekolah kerana tidak sanggup melihat ayahnya yang dimamah usia berkerja keseorangan.Yuran makan sekolahnya sudah empat bulan tertonggak.Namun,permintaannya ditolak keras oleh ayah.Ayahnya tidak sanggup membiarkan Saiful menjadi sepertinya.Biar nyawanya digadai,namun jangan pelajaran anaknya tergadai.

“apa yang dimenungkan tu Saiful”.Tariq muncul menyapa Saiful yang sedang bersandar di dinding koridor asrama.Kelihatan sahabat-sahabat mereka yang lain sedang seronok bermainstreet soccer di tapak perhimpun bertar yang terletak di antara musolla Induk dan asrama lelaki.Permainan yang menjadikan bola takraw sebagai bola sepak merupakan permainan yang paling digemari oleh para pelajar.

“eh Tariq.Tak de apa-apa”.jawab Saiful ringkas.Seolah-olah tidak mahu diganggu.Dia sedar bahawa Tariq sahaja yang seringkali menanyakan mengenai dirinya.Sahabat yang sejati.Namun Saiful berasa iri hati padanya.Tariq punyai segalanya.Rupa,harta dan pangkat.

“betulke ni.Ana tengok dari tadi enta menyepi.ok,sekarang anggaplah ana cermin,cuba enta ceritakan pada cermin apa yang yang enta fikirkan”.Tariq cuba memancing hati Saiful.Menggunakan kaedah psikologi.Perasaan seseorang tidak boleh dipaksa.Tetapi boleh dipujuk.

“enta jadi cermin.takkanla Mr presiden nak jadi cermin kot”.Saiful terkejut dengan pendekatan yang di bawa oleh Tariq.Tariq benar-benar pandai bermain kata-kata.

“la.,Saidina Abu bakar pun sanggup menjadi rakyat untuk mengetahui penderitaan rakyatnya.Inikan pula ana.Bukan seorang Khalifah negara,bukan seorang yang berpengaruh.Ana sama macam enta.Pelajar biasa.Hamba Allah yang hina.Cuma dibebankan dengan tanggungjawab yang ana sendiri tak sanggup terima pada awalnya.”Tariq dapat merasakan bahawa Saiful memandangnya sebagai seorang yang berjawatan.Dia tahu mengenai kisah hidup Saiful yang sangat mencabar.Dia Cuma mahu menolong dan berkongsi kisah yang dialami oleh sahabatnya itu.

“Syukran Tariq si cermin ajaib.”Saiful mula tersenyum.Tariq gembira.

“Ok.Sekarang cerita dekat ana apa yang enta fikirkan,mana tau ana boleh tolong enta”

“panjang ceritanya.Cukuplah enta tahu ibu ana sudah berkahwin dengan boyfriend lamanya.Ana tak sanggup melihat ibu lagi.Kejam.Sanggup buat ayah macamni”

“Astaghfirullah.Kenapa cakap Ibu macam tu.tak baikla.Apa-apa pun dia tetap ibu enta.Mungkin dia buat begitu sebab….”

“sebab tak sanggup hidup susah.Mahu hidup mewah dengan kekayaan orang lain”

“sabar Tariq.Mungkin dia terpengaruh dengan dirinya sendiri.Enta doakanlah Ibu enta sentiasa dirahmati Allah”

“enta tak merasa apa yang ana rasa Tariq,kehidupan enta senang.Hidup bahagia.Ana ni…”

“saiful,Kenapa cakap macam tu.Setiap orang ada kelebihan dan ada kekurangannya.Enta telah mendapat ujian live dari Allah.Allah nak menguji hambanya yang beriman.Enta Berjaya mengharungi ujian ni.Ana masih belum diuji.Kalau ana ada di tempat enta,tak tahulah apa yang akan jadi pada ana.

“Berjaya ke ana ni?”

“Berjaya sebab enta tabah menghadapi ujian dan redha dengan apa yang berlaku.Sebab itu enta perlu doakan kebahagian Ibu.Dia tetap ibu enta.Ibu yang melahirkan The Champion ke dunia ini”

“hmmm.Thanks Tariq,entala satu-satunya sahabat yang ambil berat mengenai ana.InsYaAllah ana akan fikirkan kata-kata enta ni”

its ok Saiful.we are friend.Mestila kena ambil berat antara satu sama lain.Sabar ok.ingat Allah sentiasa bersama kita.Allah Yubarik Fik.

Perbualan yang singkat itu benar-benar membuatkan hati Saiful lebih tenteram.Ada benarnya kata-kata Tariq.

“Perlukah aku berdendam dengan ibu kandungku?”.Terbit persoalan dibenak fikirannya.Dia merasakan mungkin ibunya terpengaruh dengan lelaki yang tergila-gilakan Ibunya.Ibunya pernah memenangi pertandingan Ratu Cantik Kampung satu ketika dahulu iaitu sebelum ibunya berkahwin dengan ayah atas kehendak nenek.Ibu pada awalnya tidak mahu berkahwin dengan ayah kerana sudah mempunyai pilihannya sendiri.Tetapi setelah dipaksa oleh nenek dan datuk.Ibu akur dengan keputusan orang tuanya.

....

Tariq menghempaskan badannya di atas katil.Penat berhijrah ke setiap pelusuk kawasan asrama.Sengaja mahu melihat apa yang dilakukan oleh sahabatnya yang lain.Di kantin kawan-kawannya masih menonton televisyen.Ada juga yang sedang bersembang rancak.Seperti berusrah dalam bulatan.Kawan-kawannya yang sedang bermain street soccer sudah mula bersurai.Tariq sebenarnya tidak mempunyai sebarang aktiviti yang ingin dilakukan,yang pasti dia mahu menenangkan fikirannya.Tidak mahu terlalu stress menghadap buku saban hari.Biarlah malam itu penglihatannya bebas daripada tulisan-tulisan yang terpahat pada bukunya yang bertimbun.

“Assalamualaikum”.Ucapan salam daripada Quwais memecah kesunyian bilik Pengawas yang terletak di tingkat dua.Bilik ini didiamami oleh majlis tertinggi Jamaatur Ruasa' dan Majlis Perwakilan Pelajar.Lapan orang kesemuanya.

“Waalaikumussalam.Ya Allah.Apa yang berlaku ni Quwais”.Mulut Tariq terlopong melihat darah yang mengalir deras pada siku Quwais.Quwais diam.Tidak menjawab pertanyaan Tariq.Dia hanya menahan darahnya dengan sapu tangan.Muhammad dan Nasir memimpinnya masuk ke bilik.Tariq pantas mengambil peti kecemasan yang terletak di dalam almari.Soalannya mungkin tidak tepat pada waktu.Siku Quwais dirawatinya.

“apa sebenarnya terjadi ni”.Tariq mengulangi soalannya sambil tangannya sibuk mencuci darah Quwais dengan kapas.

“tak de apa-apa.Ana terjatuh time main street soccer tadi”.jawab Quwais bersahaja.menyembunyikan sesuatu.

“takkan jatuh tiba-tiba kot?”Tariq tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.Mana mungkin jatuh biasa boleh berdarah sebegini rupa.

“ana terlanggar dia tadi.maaf”Nasir mencelah perbualan mereka.Dia tidak menyangka dendamnya pagi tadi boleh sampai jadi begini.Terbit kekesalan dalam dirinya.Quwais sedikit pun tidak menyalahinya.Malah mampu tersenyum padanya.

“enta main kasar sangat kenapa?”Tariq seakan-akan tidak berpuas hati dengan Nasir.Nada suaranya ditinggikan.Dia tahu Nasir memang suka berkasar sewaktu bermain.Nasir kaku.

“sabarlah Tariq.Dia tak sengaja.Dont worry.Im okay”Quwais menenangkan Tariq.Kadangkala Tariq tidak mampu menahan emosinya sendiri.Mampu berubah secara tiba-tiba.Itulah akibatnya sekira emosi tidak dikawal baik dengan akal.

okay.Fine”.Balas Tariq ringkas.Dia tersedar api kemarahannya menyala.Cepat-cepat dipadamkan dengan Istighfar.Mengingati Allah.Nasir mengagumi persahabatan Quwais dan Tariq.Sangat indah.Saling ingat mengingati.Dia masih tidak mampu memaafkan dirinya.Quwais terlalu baik.

“ana minta maaf sekali lagi Quwais,Tariq”suara Nasir ikhlas memohon maaf.Quwais tersenyum sambil mengangguk menandakan ya.

okay,tapi jangan buat lagi ya.Nanti habis pula ubat ni nak rawat luka pelajar lain he…he.”nada suara Tariq berubah.Dia tersenyum.Sempat bergurau.Muhammad turut menguntum senyuman kealimannya.

okay I’m promise everyone”.Balas Nasir.Hatinya lega,terbit senyuman di bibirnya.Senyuman yang telah memikat puluhan gadis.

Tariq menyuruh Quwais untuk tidur awal.Jangan banyak bergerak.Rehat secukupnya.Berita mengenai kesabaran Quwais cepat tersebar.Memang kalau dilihat dari cara Nasir menjatuhkan Quwais boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan di antara mereka.Sekiranya ada pengadil yang mengadili perlawanan Street soccer pada malam itu.sudah pasti Nasir dilayangkan kad merah akibat menjatuhkan Quwais dari arah belakang.

okay set.malam ni kita enjoy di cyber cafĂ© kuala okay”.Suara Mujahid dalam bulatan kecil manusia di kantin itu seakan-akan sangat berpengaruh.Keputusan untuk fly ke cyber cafedisambut oleh rakan-rakan yang lain.Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mahukan keseronokan berlebihan akan keluar tanpa kebenaran ke bandar kuala kangsar.Perjalanan tiga kilometer ke kuala kangsar itu bagaikan terlalu dekat bagi para pelajar yang nakal.Kepenatan akan terhapus tatkala berhadapan dengan dunia Internet dan computer game.

Dari jarak jauh,Tariq seakan dapat menghidu program mereka.Tariq sedari tadi bersengkang mata untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Mujahid and the geng.Empat orang semuanya.Quwais sudah tenggelam dihanyutkan mimpi.Jam melompat ke arah angka dua pagi.Kelihatan Saiful masih belum melelapkan mata.Mundar mandir di kawasan tapak perhimpunan sekolah.Berfikir mahu menelefon ibunya.Namun amat berat mahu merealisasikan hajatnya.Dia yakin ibunya masih belum tidur waktu begini.kebiasaannya ibunya tidur lewat sekitar jam empat pagi kerana lebih banyak tidur sewaktu siang.Dia juga turut mempunyai misi lain.Misi yang diluar kemampuannya.

“Assalamualaikum.Korang nak pergi mana ni”sapaan Tariq benar-benar memeranjatkan Mujahid And The Gang yang berpakaian gelap.Mereka baru sahaja mahu bergerak menuju ke belakang banggunan Sains sekolah.

“Waalaikumussalam.Ok.aku tak nak berselindung dengan ko.Aku nak Fly ke c c”.Jawab Mujahid terus terang.Dia sedar yang dia berhadapan dengan orang kepercayaan sekolah.Bila-bila masa sahaja nama Mujahid,Syukor,Bukhairi dan Afifi akan naik ke pejabat.Mujahid pantas memikirkan sesuatu.

“o..antum nak fly ye.Boleh ke Fly ni.Sayap tak de?”persoalan bermadah berhelah ditimbulkan Tariq.Mujahid pantas menangkap maksud Tariq.Fly tanpa sayap bererti keluar tanpa kebenaran.

“ok,aku tahu kami tak de kebenaran.Please la Tariq jangan ganggu kami boleh.Kami just nakrelax kejap.kejap je.Ok macamni.Kalau ko pergi sekali camne.Ko boleh tengok-tengokkan kami.?”Mujahid cuba memerangkap Tariq.

“aik,bermain dengan api nampak.Ada hati nak ajak ana ye.Ini ugutan ke apa ni?”.Tariq masih berfikiran rasional.Dia sedar mereka mahu memerangkapnya.

“serius tak.kami Cuma rasa lebih tenang sikit kalau ko ade sekali.Ko pon tak pernah lagi kan rase pengalaman Fly.Best”Mujahid terus berusaha mengajak Tariq.Syukor,Bukhoiri dan Afifi turut memujuk Tariq.Hati Tariq mula tertaut.Pengalaman.

“betul juga,boleh juga aku tahu macammana diorang Fly.Apa laluan diorang ambil dan apa yang diorang lakukan.”hati Tariq mula berbisik.Perasaan ingin tahu mula membaluti perasaannya.

“lagipun kan tengah cuti ni.Tak de sapa pun.Warden pun tak de.Bebas la sikit.Jangan risaula.Kalau kantoi kami tak babitkan ko ok.Atau ko takut keluar malam-malam ni.Takut hantu ye”Bukhairi terus mencucuk perasaan Tariq.Dia juga tahu bahawa Tariq seorang yang penakut dengan perkara mistik.Dia menyedari perubahan riak wajah Tariq.

“eh takla.mane ade ana takut hantu.takut Allah je.hmmm.Ok.Tapi korang janji ok.Jangan babitkan ana.Ana keluar ni pon sebab nak tahu apa yang korang lakukan dan korang kena janji ni kali terakhir korang Fly.No more fly without wing after this.”.Tariq membela diri.Tidak suka dilabelkan sebagai penakut.Dia bersetuju untuk mengikuti mereka.Sebenarnya dia mahu mendekati Mujahid yang dirasakan sebagai kepala pelajar yang sering buat masalah.Biarlah dia melanggar peraturan kali ini asalkan mereka tidak mengulangi perbuatan yang boleh diberi hukuman dua kali sebatan sewaktu perhimpunan.Namun jauh di sudut hatinya terasa malam itu dia akan dihidangi oleh program yang tidak dirancang.Mampu juga mengisi kekosongan malamnya dengan satu pengalaman yang tidak mudah dicari.

“ok kami janji”.serentak Mujahid And The gang menjawab.menambahkan keyakinan Tariq untuk keluar bersama.Bagaikan Polis mencuri bersama si pencuri.Pasti tidak akan tertangkap.

ok I have your words”.jawab Tariq ringkas.

Langkah mereka berlima diatur rapi.Warden pada malam itu sudah nyenyak diulit mimpi.Pelajar-pelajar juga sudah mati kecil dalam tidur.Kesunyian menguasai Madrasah Idrisiah.Suara cengkerik sayup-sayup kedengaran.Malam itu kelihatan sepi bagai merelakan perjalanan mereka.

“Assalamualaikum”.hampir luruh jantung mereka berlima mendengar ucapan salam yang diberi.Suara yang jarang didengar.Tariq pasti tuan empunya suara itu.Perlahan-perlahan mereka menoleh ke arah suara yang datang dari belakang.Terkejut dalam kelegaan.Salam di jawab.

“”boleh ana ikut sekali?”.Saiful meminta untuk turut serta dalam projek mereka berlima.Dia tahu pergerakan mereka dan dia juga sudah terdengar perbualan Tariq dengan mereka.

“ko ni Saiful.Terkejut aku ko tau tak.”Mujahid geram.Api kemarahan hampir menyala namun sebenarnya dia terkejut dengan permintaan Saiful.Mujahid jarang berkomunikasi dengan Saiful.Dia juga tahu perwatakan Saiful.Kenapa tiba-tiba sahaja mahu turut serta.Pelik.

“sabarla Mujahid.Enta ni.Dia bagi salam je tadi”.Tariq membela Saiful.Dia juga turut terkejut dengan permintaan Saiful.

“Saiful,ana rasa enta lebih baik balik tidur.Tenangkan fikiran enta.Jangan tambahkan masalah enta”.Tariq tidak mahu Saiful menambahkan masalahnya dengan turut serta program mereka.

please Tariq.Ana tahu tujuan enta ikut mereka.Ana juga ada tujuan ana sendiri.Ana nak hilangkan tension ja.Biarlah masalah ana,ana selesaikan sendiri ok”.Saiful memohon.Dia juga turut ingin merasa pengalaman Fly.Tambahan pula Tariq turut serta.

“hmm.Ok la kalau macam tu.Mujahid,enta ok kan?”.Tariq mengerti maksud Saiful.Dia tidak mahu menghalang kehendak Saiful.

”Kalau perbuatan ni diketahui,mesti pihak sekolah takkan percaya sekiranya Saiful terlibat sama”. Hati Mujahid merasakan ada kelebihan sekiranya Saiful ikut sama.Terbit niat jahat di hatinya.

“ok lah.Cepat sikit.Nanti kantoi baru tau”.Mujahid memberi jawapan.Saiful tersenyum.

Pagar yang dibina di belakang bangunan sains dipanjat.Seorang demi seorang melepasi pagar besi itu.Lorong kecil yang terhampar di sebelah bangunan kelas dilalui.Tariq dan Saiful hanya mengikuti arahan Mujahid.Sebagai orang baru dalam kumpulan itu,mereka berasa sangat tertarik dengan pergerakan yang dilakukan.Seperti Spy sahaja lagaknya.Mereka sudah tiba di hujung lorong kecil itu.Dari jauh mereka dapat melihat pegawai keselamatan mundar mandir di kawasan pagar utama sekolah.Jantung Tariq berdegup kencang.Saiful turut merasainya.MujahidAnd The Gang kelihatan tenang sahaja.Sudah biasa.

Jalan besar yang memisahkan masjid Ubudiah dengan Sekolah dilepasi oleh mereka.Sekarang mereka pelu melalui jalan belakang masjid yang berbukit-bukit.Mereka pantas melalui jalan tanah.Semak samun tumbuh melata di atasya.Embun pagi membasahi seluar mereka.Ada kalanya Tariq tergelincir sedikit sewaktu memanjat anak bukit.Licin.Pergerakan yang diatur Mujahid sangat teratur.Kini mereka sudah tiba di hadapan Galeri Sultan Azlan Shah.Galeri yang dahulunya bangunan lama.Berpenunggu.Namun kini kelihatan tersergam indah dengan seni binaan yang sangat unik.

Suasana malam itu sangat sejuk.Namun kesejukan itu tidak dapat menghilangkan peluh dan ketenangan pada diri mereka berenam.Debaran turut terasa.Bimbang sekiranya terserempak dengan kereta polis.Polis selalu melakukan rondaan di sekitar kawasan Istana Iskandariah,masjid Ubudiah,Galeri Sultan Azlan Shah dan kawasan perumahan Bukit Chandan.Kejadian kes mencuri kerap terjadi di kawasan ini.Pernah satu ketika.Mujahid di tahan oleh pihak polis sewaktu keluar malam bersama Afifi.Fly.Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh pihak polis.Mujahid terpaksa berdusta dengan mengatakan beliau menumpang rumah Afifi yang terletak di Bukit Chandan.Cuti sekolah.Polis seakan-akan tidak percaya.Meminta Mujahid mengeluarkan kad pengenalan.Pihak polis sedikit terkejut mengetahui Mujahid merupakan anak kepada Dato’ Nazli.Orang padang Rengas.Polis mula mempercayainya.Mana mungkin anak seorang dato’ melakukan perkara yang tidak baik.Mujur pihak polis tidak memeriksa kad pengenalan Afifi kerana dia bukan menetap di Bukit Chandan tetapi di kuala Lumpur.kalau tidak,pelbagai dusta yang harus direka.

Pergerakan Mujahid And The Gang lebih pantas.Mereka seolah-olah meninggalkan Tariq dan Saiful di belakang.Sekarang mereka perlu melalui di sebelah kiri bahu jalan.Tiada tempat bersembunyi kerana mereka terpaksa melalui jalan utama.Tiada jalan pintas untuk sampai ke bandar Kuala kangsar.Sekiranya ada terdengar bunyi kenderaan yang bergerak,mereka akan berselindung di sebalik pepohon yang tumbuh di bahu jalan.Mereka bergerak tertunduk tunduk bagaikan askar di medan peperangan.

“ok,sikit lagi sampai.Nampak jalan tu.Kita lintas.Cepat sikit.”mujahid bersuara agak perlahan memberi arahan.Di hadapan mereka kelihatan simpang tiga yang perlu mereka lepasi.Terdapat selekoh tajam di sana.Gelap.Mereka perlu pantas bergerak.

“ok..ok”.Jawab Tariq dan saiful serentak.Jantung mereka masih berdegup kencang.Saiful berasa selamat bersama Tariq.Sepanjang perjalanan itu mereka banyak berdiam diri.Hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan yang diatur.

“Tariq,hati-hati ye.”Saiful mengingatkan Tariq.Senyuman dilemparkan ke arah Tariq.Penuh makna.

“ok..enta juga”.Balas Tariq ringkas seraya membalas senyuman yang diberikan.Mereka terus bergerak untuk sampai ke destinasi.

Jalan yang harus dilepasi kali ini agak lebar.Mujahid And The Gang sudah melepasi jalan tersebut.Hanya tinggal Tariq dan Saiful yang masih tinggal di seberang jalan.Sebuah kereta yang lalu di sebelah kanan mereka membuatkan mereka berdua terpaksa berselindung di sebalik pokok sambil berbaring.Selamat.Mujahid lega.Tariq mengecami kereta itu.Ustaz Faisal.Setelah kereta proton saga merah itu melepasi mereka.Mujahid menjerit memanggil mereka berdua untuk melintas simpang tiga itu sekarang.Tariq mengorak langkah,Saiful mengekori dari belakang.Bunyi kenderaan sayup-sayup kedengaran.Tanpa disedari sebuah kereta muncul dari selekoh arah kiri mereka.Laju.Tariq kaku.

“Tariq!!!!!!!!”jeritan Saiful ke arah Tariq memecah kesunyian malam.Cuba menyelamatkan Tariq.Burung yang sedang bertenggek di atas dahan pokok turut terbang meninggalkan sarang.Mujahid And The Gang tergamam.

Satu dentuman kuat kedengaran.Sebuah kereta merempuh seorang manusia.Badan Tariq tercampak di bahu jalan.Hampir dengan tempat Mujahid menanti.Pemandu kereta yang separuh sedar itu terus memecut laju meninggalkan mereka berenam.Terkejut…

Read rest of entry

Jumaat, 20 November 2009

Cinta Munafik : Part 2


Pagi itu diselimuti oleh hujan.Lebat.Jarum jam memanah ke arah angka 2.Dawwin Najah masih lena diulit mimpi.Mukanya yang cantik seakan-akan mengekprestasi mimpi yang dialami.Serius dalam tenang.Rakan sebiliknya Nur Kinanah masih leka membaca novel berjudul Si Penggali Kubur yang dikarang oleh Dr Haulid Al Harar.Jarinya yang mulus menyelak helaian novel yang mendapat tempat pertama dalam Sayembara Remaja.Dari satu helai ke satu helai dan membentuk helaian yang tebal.Hanya tinggal beberapa muka surat lagi untuk dikhatamkan.

Suara cicak berkumandang.Tariq masih cuba melelapkan matanya.Malam itu sangat aneh.Keadaan asrama lelaki yang terletak di sebelah bukit yang dikenali sebagai bukit berpenunggu seolah-olah tiada penghuni.Suara cicak yang mengundang ketakutan dalam hati seseorang itu menganggu pemikirannya.

"kalau cicak berbunyi bermakna nampak hantu tau".Muhammad Tariq teringat fakta palsu keterangan kawan sekelasnya yang bernama Ahmad Quwais ketika mereka berada di sekolah rendah.

"betulke cicak nampak hantu,ish mengarutla,takkan zaman serba moden ni ade makhluk tu".Tariq menenangkan gelora ketakutan dalam dirinya.Dia memang dikenali sebagai seorang yang penakut.Di atas kelemahannya itu,kawan-kawan yang lain suka menakut-nakutkannya dengan pelbagai cerita rekaan.Fiksyen semata-mata.Padahal dia merupakan seorang pengawas yang sangat garang.Ingatannya mengimbas kembali wajah-wajah pelajar tingkatan dua yang dirotan olehnya.

"Betulke tindakan aku ni,adakah aku mampu mengubah mereka dengan sebatang rotan yang tidak bernyawa,adakah aku berlaku adil"dia bermonolog sendirian.Jauh dihatinya terbit sebuah kekesalan terhadap apa yang dilakukan kepada adik-adiknya tadi.kesemua yang bersalah dirotan kecuali Zaki.Setelah Tariq bermain dengan perasaannya.Matanya berjaya ditutup kemas.Dia mula melayari mimpi.Mimpi yang menakutkan.Kebiasaannya mimpi yang dilalui adalah berkaitan dengan perasaan seseorang.Sekiranya seseorang itu memikirkan perkara yang indah,maka dia akan menerokai mimpi yang indah dan sebaliknya.

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa .

Lagu Ainul Mardhiah dari kumpulan UNIC yang disetkan sebagai bunyi loceng memecah kesunyian pagi itu.Najah terjaga dari lena.Begitulah kebiasaannya.Dia mendisiplinkan dirinya untuk bangun jam 3 pagi.Mendekatkan diri pada sang pencipta kerana Allah bermegah dengan hambanya yang bangun malam untuk beribadat padanya.Matanya digosok-gosok.Dia tersenyum melihat sahabat karibnya yang tertidur di atas meja.Novel masih dipegang erat seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

"Nur,kenapa tidur kat sini,sakit tengkuk nanti.Jom qiamulail sama-sama".Najah mengejutkan sahabatnya itu.Suaranya yang halus itu membuatkan Nur terjaga lantas tersenyum manja.

"Najah,Nur terlelap.Tadi tengah baca novel ni".Jawab Nur Kinanah sambil mengangkat novel yang sederhana tebal..Ajakan Najah untuk qiamulail disahut.Namun,matanya masih belum terbuka luas.Seperti ada batu pada kelopak matanya itu.Berat.

"tula.Tidur lewat lagi.Kan susah nak bangun.Orang suruh tidur awal degil".Najah memulas lembut telinga sahabat kesayangannya itu.Kinanah mengaduh sambil tersenyum dan berasa bahagia diperlakukan begitu.

"Nur tak boleh tidurla selagi tak habis bace novel ni.Seronok sangat.Dr Haulid ni mesti hebat orangnya kan.Nak sangat jumpa dia.".Kinanah memberi alasan.Cuba mengubah topik kepada perihal Dr Haulid.

"sudah-sudah.Jangan fikir pasal tu.Jom basuh muka.Ambil wudhuk.kemudian kita jumpa Allah. ok sayang.Intan payung.".Najah cuba mengingatkan Kinanah supaya jangan terlalu fikirkan perihal penulis muda yang namanya sedang meningkat naik.Mendapat pangkat Doktor falsafah dalam usia yang begitu muda.Hebat.Kinanah mengerti maksud sahabatnya itu.Dia tahu Najah sukar diajak berbicara mengenai seorang lelaki.Mereka dua menapak ke tandas yang terletak dibahagian tengah tingkat bilik mereka.Kelihatan tandas dipenuhi oleh sahabat-sahabat mereka yang lain.Kesemuanya berwajah berseri-seri dengan manik-manik air wudhuk yang melekat di wajah mereka.Hanya satu tujuan.Untuk mencecah dahi ke sejadah.

Tariq masih hanyut dalam mimpi.Wajahnya yang tampan mudah membuatkan ramai pelajar wanita terpikat dengannya.Tambahan pula Tariq merupakan Presiden majlis Pelajar sekolah.Terkenal.Jam terus berputar ligat seolah-olah membiarkan manusia berada dalam kerugian.Waktu menghampiri subuh.Asrama lelaki dihiasi dengan pelbagai bunyi jam loceng.Jam loceng yang ditugaskan sebagai penggerak manusia dikala pagi menjajah.Tariq lantas bangun dari tidur.

"bangun syeikh,subuh dah ni.jom kejut adik-adik."Rakan sebiliknya dikejutkan terlebih dahulu.kawan-kawannya sudah biasa dengan perkataan sahabat mereka itu.malah sudah menghafalnya.

"ok bos.Bangun syeikh.subuh dah ni.jom kejut adik-adik".Ahmad Quwais mengejut sahabat-sahabat yang lain dengan mengajuk kata-kata Tariq.Tariq tersenyum malu.Sudah faham gurauan sahabat karibnya sejak kecil itu.

Mukanya dibasahi dengan wudhuk.pakaiannya digantikan dengan pakaian solat.Sehelai jubah yang panjangnya melepasi sedikit paras lutut dan sehelai kain pelikat menjadi pilihannya saban hari.kain serban dililit kemas di kepalanya.Mengikuti Sunnah Nabi.Rotan yang terletak di atas almari dicapai.Skuad Kejut Subuh(SKS) yang diasaskan oleh Tariq sendiri sudah bersedia menggempur musuh yang menyebabkan Umat Muhammad terus lena dalam mimpi.Iaitu musuh dari kalangan syaitan yang menghasut manja dan nafsu malas yang membuak-buak.Tariq dan sahabat pimpinannya yang lain perlu memastikan kesemua pelajar berada di Musolla sebelum azan subuh berkumandang.Pintu-pintu bilik diketuk.Selimut kulit babi maya yang menyebabkan manusia leka dan terasa berat dengan waktu subuh dihapuskan.Pelajar yang agak sukar bangun dicurahkan dengan kuantiti air yang sedikit,ada juga yang dirotan dan dijatuhkan dari katil yang rendah.Nampak kejam.kesemua penghuni asrama itu sudah maklum tindakan yang akan dilakukan dan mereka faham tujuan baik Skuad ini.Muazzin Masjid Ubudiah mula melaungkan azan.Musolla Induk madrasah Idrisiah sudah dipenuhi oleh insan-insan tarbiyyah.Beberapa pelajar yang lewat dikenakan denda seumpama ketuk ketampi dan sebagainya.Begitulah kebiasaannya.

"Petang ini pihak pentadbiran mahu mengadakan perjumpaan dengan semua Pimpinan Pelajar di bilik mesyuarat.Enta tolong maklumkan pada semua ok.Jangan lewat ye.".kata ustaz Faisal kepada Tariq.Perjumpaan antara pihak pentadbiran dengan pimpinan pelajar jarang diadakan.Kadang-kadang hanya tiga kali setahun.Berita ini mengembirakan Tariq.

"baik Ustaz.Nanti saya akan maklumkan pada semua.Pukul berapa perjumpaan tu?".Tariq seakan-akan tidak sabar menantikan jawapan.

"pukul tiga petang tepat''.Jawab Ustaz Faisal Ringkas.Muka Tariq seakan bercahaya.Seperti ada sinar yang memancar ke arahnya.Lantas gambaran wajah seseorang bermain di kotak fikirannya.



kenali Dr Asy dengan lebih dekat di How About My Past, Cotninuos and Future
Read rest of entry

Khamis, 19 November 2009

Si Penggali Kubur

Prolog


Renyai hujan yang sedari tadi menujah permukaan bumi belum menunjukkan tanda ingin berhenti. Malah sabungan kilat semakin galak menyambar kegelapan malam. Cahaya bulan yang kesamaran pula seakan merelakan malamnya ditangisi sebegitu. Sengaja memberi laluan kepada alam untuk menghanyutkan penghuni-penghuninya ke alam mimpi. Merestui pelayaran mimpi ke dasar yang paling dalam. Mungkin mengharapkan mereka terus hanyut di sana tanpa perlu bangkit di pagi hari.


Lemah kakinya melangkah. Terasa urat makin berselirat. Kudrat yang lemah sudah sampai ke penghujungnya. Kelazimannya sehari-harian bagaikan lumpuh. Hanya tinggal sedikit kudrat saja lagi. Dia cuba bertahan. Mahu meneruskan tugasnya. Berusaha semampu mungkin untuk bingkas. Tangan yang terketar-ketar cuba menongkat bumi, mengharapkan sisa tua yang masih berbaki. Menghargai sepenuhnya pemberian Allah walaupun buat kali terakhir. Mulut yang tercungap mula terkumat-kamit melafazkan kalimah suci. Mengharapkan pertolongan dari satu semangat yang ghaib. Semangat yang tidak dapat dilihat tetapi diyakini dalam hati. Keyakinan yang mendalam itu memberikan secebis sinar. Satu motivasi bagai menyelinap masuk ke kamar hati. Memberikan ransangan positif pada pemikiran. Kepercayaan dan pergantungan yang tinggi kepada Maha Pencipta telah mengatasi segala kelemahan kudratnya.


Pak Rasul memandang ke langit tinggi. Pandangan matanya seakan menembusi hijab langit. Cuba membaca sesuatu di atas sana. Mengarahkan segenap retina menelusuri awanan kelam. Kabut gelap sesekali menghalang pandangan. Konsentrasi terus diraih, langsung tidak mempedulikan alam sekeliling. Terus menerus memacu munajat. Sedang berinteraksi dengan sesuatu. Kehadirannya ghaib, tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Hanya mata hati yang benar-benar suci mampu berbuat demikian. Lantas kelopak mata dikatup. Rapat mencecah kulit mata dan bulu. Tiada kerut di wajahnya. Riak wajah kelihatan tenang, malah lebih tenang dari sebelumnya. Entah mengapa sinar-sinar putih tiba-tiba muncul di sekeliling tubuh. Berputar-putar mengelilingi Pak Rasul. Dalam beberapa saat, Pak Rasul hilang. Tubuhnya ghaib ditelan sinar itu. Lantas kegelapan mula mengambil peranan. Pak Rasul langsung tidak dapat dikesan. Pemergiannya umpama si bunian yang pulang ke alamnya. Sangat sukar dipercayai oleh akal yang waras, malah sesiapa yang melihat keadaan itu pasti tidak dapat menerimanya.



Pagi itu cerah. Mentari pagi yang segar telah mengambil tempat, bertukar giliran dengan sang purnama. Orang-orang kampung masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Ada yang mengerjakan kebun, tak kurang juga yang menguruskan warung kopi dan kedai runcit.


“Pak Long, kopi o satu,” ujar Ramli. Seawal 7.15 pagi dia sudah menapak di warung itu. Sudah menjadi kebiasaan minum di warung kopi Pak Long sebelum bekerja di kebun getahnya.


“Amboi, awal kau kerja hari ni. selalunya bangun lewat je aku tengok,” balas Pak Long berseloroh. Sengaja menceriakan suasana di pagi hari.


“Alah Pak Long ni, orang kerja awal pun salah, orang kerja lewat pun salah. Apa la yang tak salah Pak Long ni,” balas Ramli sambil mencapai kuih bom yang menjadi kegemarannya saban pagi. Tiap kali bersarapan, pasti dia mengambil kuih itu sebagai pencuci mulut walaupun telah menghabiskan sebungkus nasi lemak.


“Alah kamu ni, aku nak bergurau pun tak boleh. Nak marah karang lagila naik angin,” jawab Pak Long.


“Kalau Pak Long boleh bergurau, saya pun boleh jugak,” balas Ramli sambil tertawa. Rupa-rupanya dia sekadar membalas gurauan Pak Long yang disangkanya serius itu. “Tak sangka Pak Long pulak yang terkena,” tambahnya lagi dengan tawa yang tidak kendur. Pak Long sekadar menguntum senyuman. Terasa dipermainkan.


“Macamana dengan jenazah semalam, dah selamat ditanam ke?” tanya Pak Long, sejurus mengubah topik perbincangan. Teringat dia pada keluarga Maimunah yang kematian suaminya pada awal subuh kelmarin.


“Emm..dah selamat tanam dah. Malam tadi Pak Rasul muncul lagi,” Nada suara seakan mengendur.


“Pak Rasul?” Pak Long mula berkalih, memalingkan pandangan ke arah Ramli. Mata saling bertembung. Tiada bicara terbit dari bibir masing-masing. Sekadar sinar mata yang berbicara. Mereka tidak berdaya meluahkan tutur di hati. Mereka tahu padah yang akan diterima jika berbicara perihalnya.


Pak Rasul. Nama yang menjadi misteri dalam kalangan penduduk Kampung Segantang. Seorang tua yang mistik. Sangat jarang kelihatan di kawasan kampung kecuali jika berlaku kematian. Mempunyai sebuah rumah usang di belakang tapak surau lama yang telah dirobohkan, namun kewujudannya tetap menjadi misteri. Tiap kali pondok itu disinggahi, pasti tidak berpenghuni.


Suasana warung sunyi buat seketika. Masing-masing mengunci mulut. Tiada lagi seloroh yang dilontarkan. Kehingaran warung diganti dengan tegukan air. Orang ramai makin berpusu singgah di warung Pak Long. Kedudukan yang strategik membuatkan warungnya itu seringkali menjadi singgahan orang kampung. Keramahan Pak Long melayani pelanggan juga membuatkan orang ramai senang dengan sikapnya. Tambah-tambah sikap Pak Long yang tidak berkira itu membuatkan orang ramai merasa harga yang ditawarkan di warung itu lebih murah berbanding warung-warung lain.


Dan buat kesekian kalinya perbincangan tentang Pak Rasul mati begitu sahaja.



Imbas kembali..


Hasan, Borhan dan Samad tekad. Malam itu mereka akan menjalankan operasi bersama. Mereka sudah muak dengan perangai Pak Rasul itu. Mereka tidak tertahan dengan identiti Pak Rasul yang bagai sengaja dimisterikan. Bagi mereka, tiada lagi unsur-unsur mistik yang muncul dalam abad ke 21 ini. Segala percaturan alam ghaib hanya karut semata-mata. Hantu yang wujud hanyalah di pawagam-pawagam dan rumah hantu di funfair.


Semak samun diredah. Kegelapan malam tidak lagi dipedulikan. Fikiran dan tumpuan hanya dilaraskan pada Pak Rasul. Kicauan unggas langsung tidak meremangkan roma mereka. Apa yang penting misi mereka malam ini terlaksana dan tercapai dengan jayanya. Segala misteri akan dirungkai. Tiada lagi ketakutan yang akan menyelubungi penduduk kampung. Biarlah Pak Rasul menerima tindakan dan hukuman yang sewajarnya malam ini.


Rumah usang itu kelihatan kelam. Langsung tiada cahaya yang menerangi. Sinaran bulan sekadar berbalam dilitupi dedaunan pohon-pohon tinggi. Biasan yang terhasil hanyalah bayang-bayang sepi. Andai ditenung dalam-dalam, bayang itu bagai membentuk beberapa wajah dan anatomi, menjerit-jerit mengeluarkan amaran kepada si empunya niat malam itu. Bagai ingin mengusir mereka dari tempat jahanam itu.


Langkah tiga pemuda itu telah menapak betul-betul di hadapan rumah Pak Rasul. Pandangan mata disorot bengis sebagai tanda tidak puas hati, menzahirkan amarah yang telah lama dipendam.


“Pak Rasul, usah kau berselindung lagi. Baik kau keluar sekarang!” jerit Hasan. Sedikit getaran kedengaran pada hujung perkataannya. Bagai menyembunyikan debaran di dada, menonjolkan kelelakiannya pada si empunya pondok usang.


Tiada sebarang jawapan.


“Hoi orang tua sial, keluar la. Tunjukkan pada kami rupa wajah kau yang sebenar!” tempik Samad pula. Nada suaranya betul-betul ditinggikan. Nyaring dan bingit mencengkam pendengaran. Namun ternyata bernatijah sama, tiada sebarang jawapan yang diberikan.


“Orang tua bangsat. Persetan kau. Suka menakut-nakutkan orang. Baik jadi setan saja!” kali ini disambung oleh Borhan pula. Nampak lebih agresif. Ludah dihambur ke dinding rapuh itu menzahirkan kemarahan. Manalah tahu kalau-kalau ianya tempias mengenai orang di dalam.


Sumpah seranah terus menjadi zikir mereka. Sambil melaung-laung bagai orang gila, mereka mencantas tumbuhan-tumbuhan yang melata di sekeliling pondok usang itu. Dahan yang panjang dipatahkan menjadi kayu libasan mereka, menghancurkan segala tanaman di hadapan dan sekeliling rumah Pak Rasul. Habis lapang halaman depan rumah Pak Rasul. Tanaman-tanaman hancur berkecai dihabisi mereka.


“Baru puas hati aku. Baru kau tahu Pak Rasul, apa akibatnya mencari pasal di kampung orang!” bentak Hasan. Dalam kalangan mereka, seakan-akan Hasanlah yang menjadi kepala. Segala tindak-tanduk yang mereka lakukan bertitik tolak daripada cetusan Hasan. Borhan dan Samad menjadi pengikut setianya. Segala arahan dari Hasan dipatuhi bagai dicengkam hipnosis. Begitulah kehebatan Hasan dalam mempengaruhi orang mengikuti telunjuknya.


Tiba-tiba pandangan mata Hasan tertangkap kelibat tangga kecil yang berada di bahagian bawah pondok itu. Tangga itu menuju ke bahagian atas pondok. Namun kesamaran cahaya bulan pada malam itu membuatkan pandangan matanya tidak begitu jelas. Tambah-tambah ianya bagai telah diselaputi oleh lumut-lumut hijau dan cendawan kecil dan dilindungi oleh lalang dan rumput yang sederhana panjang. Menyukarkan lagi pandangannya untuk melihat kelibat tangga itu.


“Weh Borhan, Samad. Korang nampak tak tangga kat bawah tu?” tanya Hasan. Anak mata dipicing untuk melaraskan fokus retina pada tangga tersebut.


“Emm..nampak, kenapa?” Borhan menjawab. Hampir-hampir serentak dengan jawapan Samad.


“Emm..apa kata kita naik atas, tengok apa yang ada kat pondok buruk ni, mana tahu ada benda yang boleh diambil,” Hasan memberi cadangan.


“Aku ok je, takde masalah. Kita bertiga semua naik ke?” tanya Borhan.


“Aku rasa biar sorang dulu naik. Pastu nampak keadaan ok semua baru yang dua lagi naik,” Hasan memberikan buah cadangan. Borhan dan Samad mengangguk sahaja, mengiayakan segala perancangan Hasan.


“Jadi sape yang nak naik dulu ni?” tanya Samad.


“Haa, kau yang tanya, jadi kau dululah naik,” ujar Hasan. Samad sekadar mencebikkan bibir. Silap dia bertanyakan soalan itu.


“Korang ni harap je badan besar, tapi nak suruh aku jugak yang naik dulu,” kata Samad. Tubuhnya yang tinggi dan kurus itu persis galah, walaupun tidak besar dan gagah seperti Hasan dan gempal seperti Borhan tapi sudah cukup memperlihatkan identiti dirinya sebagai seorang samseng kampung. Antara mereka bertiga, dialah yang paling tinggi dan gelap kulitnya.


“Alah, ko takut ke?” sindir Borhan. Padahal masing-masing pun mempunyai perasaan yang sama. Sekadar menzahirkan kepura-puraan semata.


Samad melabuhkan lututnya ke tanah. Tapak tangan diletakkan selari dengan lutut. Lantas dia merangkak dengan penuh berhati-hati. Dedaunan lalang di bawah pondok itu berduri dan tajam. Andai merangkak secara melulu pasti akan mencederakan kaki dan paha. Perlahan-lahan dia bergerak sambil badannya membongkok melalui bahagian bawah pondok itu. Terkadang lututnya terperosok ke dalam lubang kecil sehingga menyebabkan hilang keseimbangan badan, tapi dikawalnya dengan penuh hati-hati. Dalam keadaan yang gelap sebegitu, tidak mustahil sesuatu yang buruk boleh berlaku.


Tangannya sudah mencapai tangga tersebut. Lokasinya agak tersorok dari pandangan kerana terletak di bahagian bawah pondok tersebut, bukan di tepi. Lantai pondok pula hanya setinggi paras paha seorang lelaki berumur 40 tahun. Untuk sampai ke tangga tersebut hendaklah melalui bawah pondok dan merangkak. Seakan sengaja dibina untuk bersembunyi.


Samad ingin menaiki tangga tersebut. Hatinya berdetak kencang, takut-takut ada seseorang di dalam. Sudahlah gelap tidak berlampu, cahaya bulan langsung tidak mengenai bahagian bawah pondok tersebut. Hanya berbekalkan tangan yang masih dikurniakan Allah untuk maraba-raba keadaan sekeliling dan menaiki tangga tersebut. Permukaannya yang berlumut menyebabkan keadaan tangga itu sedikit licin.


“Oit, ada apa kat dalam?” ujar Hasan sedikit berteriak. Dia sendiri pun kelihatan takut-takut di luar sana. Bimbang kalau-kalau ada penghuni yang sengaja mendiamkan diri sedari tadi.


“Emm..tak tau la. Aku tak nampak apa-apa ni,” Samad bersuara. Hasan sedikit lega mendengar jawapan rakannya itu. Risau jika soalannya tidak berjawab.


“Ok sekarang giliran aku pulak naik. Ko tunggu dulu,” kata Hasan kepada Borhan. Dia sekadar mengangguk patuh tanpa banyak bicara seperti Samad. Memang sikapnya malas berfikir, sekadar rajin menerima arahan sahaja. Malas dia bertanyakan soalan yang bukan-bukan, membuang masa saja baginya.


Hasan mula merangkak menuju tangga pondok. Sama seperti Samad, terkadang dia seakan hilang keseimbangan saat lutut terperosok ke dalam lopak-lopak kecil. Ada yang berair, ada yang tidak. Habis basah lutut seluarnya. Namun cuba digagahi juga setiap langkah hingga tangannya mencapai tangga pondok. Tapi dia tidak terus naik. Diamatinya keadaan sekeliling terlebih dahulu.


“Tempat ni macam tak pernah dilalui orang je. Rumput-rumput pun nampak berdiri tegak semacam. Ada orang tak kat sini sebenarnya?” kata-kata hatinya mula berbisik halus. Membuat konklusi berdasarkan pemerhatian seimbas. Bermacam–macam penafsiran hadir dalam pemikiran. Hatinya mulai ragu dan gusar.


Malas berfikir lebih dalam, Hasan memanggil Borhan. Kali ini giliran Borhan pula. Badannya yang sedikit gempal agak menyukarkan kelancarannya untuk bergerak. Namun dia kelihatan mampu mengawalnya dengan baik. Dalam masa beberapa detik, dia sudah berada di sisi Hasan. Kini mereka berdua berada di bawah manakala Samad keseorangan di bahagian atas.


Guruh tiba-tiba berdentum. Angin yang tadinya beralun sepoi mulai kencang. Awan berarak pantas, seakan satu perbarisan sedang diadakan di kerajaan langit. Sesekali kilat memancarkan egonya, menerangi alam buat beberapa detik. Pepohonan tinggi kelihatan melambai antara satu sama lain. Seakan berkomunikasi dengan bahasa yang tidak difahami oleh pertuturan manusia. Kesejukan mula menjalar ke segenap penjuru, mencucuk-cucuk tulang sum-sum walaupun ianya merupakan lapisan tulang yang paling dalam. Lantas rintik halus bermuqaddimah di bumi Allah, menurunkan rahmat dari Empunya alam. Dalam masa beberapa saat ianya mula deras. Bingit hujan memekakkan pendengaran.


Hasan, Borhan dan Samad tersentak. Perasaan hairan bermain-main di benak. Mana mungkin tadinya cerah kini tiba-tiba hujan selebat-lebatnya. Seakan mengalami fenomena ganjil. Adakah ianya sengaja dirancang sebagai menyambut kehadiran ‘tetamu’ di pondok ini? Adakah kuasa mistik yang mereka pertikaikan selama ini benar-benar wujud?


“Oii, macam mana ni dah hujan,” suara Samad kedengaran melaung dari atas. Dia terpaksa meningkah suara hujan di luar sana supaya suaranya didengari Hasan dan Borhan.


“Nak redah ke?” tanya Borhan pula. Soalan-soalan yang diajukan secara serentak itu cuba dianalisis. Kemudian tindakan susulan akan diatur.


“Emm, dalam keadaan sekarang ni agak bahaya kita nak keluar dari sini sambil meredah hujan. Jalan licin, takut tergelincir nanti susah pulak,” kata Hasan. Dia masih belum mendapat jalan yang terbaik untuk penyelesaian. Jemarinya bermain-main di bawah dagu. Mengurut-urut janggut sekalipun hakikatnya tiada janggut yang tumbuh di situ. Sekadar reaksi spontan saat pemikiran dipacu untuk meraih idea.


“Aku rasa kita cuba tunggu dulu, tengok keadaan. Kalau hujan ni sekejap je kita balik la lepas tu, amacam?” ujar Hasan. Samad dan Borhan terdiam seketika. Saling berbalas pandangan.


“Aku rasa lain macam je la tempat ni,” tiba-tiba Borhan meluahkan perasaan gusarnya.


*****


Dan dalam masa yang sama, di tanah perkuburan.. Pak Rasul sedang menggali sesuatu...





haulid adalah penulis muda yang bercita-cita besar untuk mencipta Dunia Baru

Read rest of entry
 

Antologi Pena Pemuda Copyright © 2009 FreshBrown is Designed by Simran | Featured Post By Free Blogger Template